Posted by
Anua Muhammad
under
Sarana
Adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah.
Objektif KSIB:
* Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi
membantu pembelajaran anak
* Mewujudkan sokongan berterusan
* Membantu apabila berlaku krisis
* Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif
~ Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
~ Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran
~ Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dll
~ Mendapat sahabat baru
~ Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina
Posted by
Anua Muhammad
under
Sarana
Sarana sekolah ialah suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara tercinta
SEKOLAH ADALAH PENGGERAK UTAMA DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PEMBELAJARAN ANAK
Enam elemen yang menyokong sistem pembelajaran
1. Iklim Sekolah
2. Komunikasi berkesan, sekolah menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan warga sekolah
3. Sokongan terhadap kejayaan murid, ibu bapa, staf sekolah, PIBG, alimni dan ahli komuniti perlu bekerja-
sama untuk menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan di luar sekolah
4. Tanggungjawab bersama, guru dan ibu bapa mencari jalan melengkapkan kemahiran dan pengetahuan
masing-masing
5. Keputusan bersama dalam perkara yang berkaitan dengan kemajuan dan kebajikan murid
6. Kerjasasama dengan komuniti merupakan satu proses menyelesaikan masalah secara bersama
melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam kejayaan murid.
Posted by
Anua Muhammad
under
Sarana
Sarana ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta MALAYSIA.
Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah kepada anak:
~ Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik
~ Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi
~ Kehadiran ke sekolah lebih bagus
~ Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan
~ Keciciran persekolahan dapat dielakkan
Faedah kepada ibu bapa:
~ Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah
~ Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah
~ Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain
~ Anda akan dapati lebih mudah menyediakan suasana rumah yang sihat
Peranan Ibu bapa / Penjaga
1. Jurulatih
Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah
2. Mentor
Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dll
3. Penyokong
Menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak
4. Sentiasa bermaklumat
Terkini dengan apa yng berlaku di sekolah
5. Menjadualkan kehidupan
Mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia
> Murid yang teratur tiada stress
> Keteraturan hidup membina sahsiah murid
> Utamakan pendidikan setiap masa
6. Sahabat kepada anak remaja
Mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat
> Tegas
> Memberi ruang
> Memberi peluang