PERLEMBAGAAN PIBG

Posted by Anua Muhammad under
WARTA KERAJAAN
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
JIL 42 No 7 26hb Mac 1998 TAMBAHAN No 24 PERUNDANGAN (A) P.U (A) 118

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

Pada menjalankan kuasa yabg diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:

BAHAGIAN 1

PERMULAAN

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998
(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada 26 Mac 1998

2. Peraturan-peratuaran ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain

"pemegamg-pemegang jawata" ertinya

(a) mana-mana orang yang telah dicalonkan dan dipilih oleh anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru dalam mesyuarat agung tahunan atau

(b) mana-mana anggota yang dilantik oleh Yang Dipertua untuk menggantikan anggota jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru yang sebelum mesyuarat agung tahunan yang akan datang telah meninggal dunia atau meletak jawatan atau

(c) mana-mana orang yang telah dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan ini menjadi tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa-Guru

"Persatuan Ibu Bapa-Guru" bererti persatuan yang ditubuhkan di bawah peraturan 4

"sekolah" bagi maksud Peraturan-peraturan ini ertinya sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan


BAHAGIAN II

PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU

4. (1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam tiap-tiap sekolah suatu persatuan yang akan dinamakan sebagai Persatuan Ibu Bapa-Guru (kemudian disebut "Persatuan" yang terdiri daripada

(a) semua guru yang mengajar dalam sekolah itu
(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu dan
(c) Guru Besar atau Pengetua sekolah sebagai anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan

(2) Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar untuk menjadi anggota

(3) Tiap-tiap ibu bapa dan guru dalam sekolah hendaklah disifatkan sebagai anggota persatuan

(4) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, persatuan bukanlah suatu persatuan dalam erti mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan

5. (1) Tujuan-tujuan Persatuan ialah

(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah

(b) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan kepentingan kebendaan murid-murid dalam kegiatn mereka

(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan

(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya dan

(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

(2) Kegiatan Persatuan hendaklah diarah kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah ini di mana Persatuan ditubuhkan

(3) Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh

(4) Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada pendaftar

(5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah

(6) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau PPD atau JPN Kementerian atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan


BAHAGIAN III

ORGANISASI DAN PENGURUSAN PERSATUAN

6. (1) Persatuan hendaklah ditubuhkan oleh Guru Besar dalam tiap-tiap sekolah

(2) Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa mengikut perlembagaan Persatuan